Home

Tuesday, July 13, 2010

MBJB terus tingkatkan aplikasi EM

http://www.mbjb.gov.my/web/guest/berita/berita

OR

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_06.htm


JOHOR BAHRU 22 April -2010

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan terus meningkatkan penggunaan aplikasi bioteknologi mikro organisma berkesan (EM) pada masa akan datang untuk menjadikan Johor Bahru sebuah bandar lestari.

Datuk Bandar MBJB, Mohd. Jaffar Awang berkata, penggunaan EM secara meluas di daerah itu dilihat boleh membantu kerajaan meningkatkan mutu air yang dirawat agar mencapai piawaian yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar.

"Aplikasi EM ini sudah digunakan di beberapa sungai di bawah seliaan MBJB termasuk Sungai Stulang, dan apa yang dapat dilihat kualiti air di kawasan berkenaan semakin baik.

"Beberapa program bersama penduduk serta pelajar sekolah telah dilaksanakan bagi memastikan teknologi berkenaan dapat digunakan secara meluas," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Bumi Sedunia 2010 di Hutan Bandar, di sini hari ini.

Seramai 191 murid dari enam buah sekolah dari sekitar Johor Bahru terlibat dengan upacara penanaman pokok Golden Chain sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Bumi Sedunia 2010.

Mohd. Jaffar berkata, semangat cintakan alam sekitar perlu dipupuk dan disemai ke dalam diri setiap individu sejak di bangku sekolah lagi agar dapat dijadikan pendorong untuk membentuk sikap positif.

"Saya yakin melalui program sedemikian, kesedaran untuk memulihara alam sekitar dapat disemai dan pada masa akan datang kita akan dapat mewujudkan sebuah komuniti yang mapan," katanya.

No comments:

Post a Comment